Isnin, Mei 04, 2009

KESUNYIAN SEPERTI INI


KESUNYIAN SEPERTI INI


kesunyian seperti ini
menebarkan benih kasih
tumbuh tanpa ruang
sempadan yang luas, semakin luas
ingin kubunuh segala sifat
tanpa rasa berdosa
berteleku dan berdoa
menjadikan aku kerdil
di setiap malam bening
menggantung harap di dada
langit tiada berbulan.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Bentong, Darul Makmur
07 Oktober 2001.

11 ulasan:

mendewa berkata...

kesunyian mampu menginsafkan...
mampu menyedarkan...

SRISUFI berkata...

Salam...

terima kasih atas kunjungan. Saya sangat suka membaca bait2 puisi. InsyaAllah saya akan selalu ke sini.

teruskan menulis.

Ayohwang berkata...

Kalu Cikgu Zul sunyi, pok lagi-lagi lah sunyi ye.. Hidup kite ni mestilah banyok-banyok bersabor dan banyok2lah mendekati tuhang. Semoge kesunyiang kite itu dapat diisi dengang Nur keimanang. InsyaAllah.

Lily Abdullah berkata...

Salam

Sekadar datang untuk mencerna puisi-puisimu, sahabat :)

zanazanzaly berkata...

Z,
meski sunyi sentiasa memekakkan telinga, kadangkala ia juga meriuhkan sukma dengan nuansa rindu membiru.

farid berkata...

biar indah
bulan tetap sepi
dan sunyi ...

abdullahjones berkata...

romantis.

zahryanie berkata...

salam..
thanks for your visit..:)

tokder berkata...

Cg Zul mesti kenal ngan Cg Awang Abdullah..dia pun aktif berpuisi.

irwanbajang berkata...

makin asik aja..hehehe
skin blognya kok ganti2 warna...
putih ini keren boss...
salam
selamat berkarya selalu

Nonchalantly anxious berkata...

Saudara,

Sepi itu makin membunuhku. Sengsara, obatnya tiada

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM