( i )
roh pun dijemput ke langit
meninggalkan apa-apa yang dikehendaki
di sini - bukankah ini perjanjian.
kita pun penuh rela
menghantarkan manusia-manusia
yang dikasihi, barangkali.
antara kita, tunduk simpati
melepaskan manusia-manusia
yang disayangi, barangkali juga.
( ii )
tanah merah menghadiahkan
sebuah kematian antara kita
terjemput ke dunia baru - sudah dikhabarkan bukan.
sesudah esak tangis terakhir
cukup cuma tahlil dan doa panjang.
antara sedar, kita pun
berlonjak lagi - tenggelam ke lompok-lompok dosa !.
ZULKIFLI MOHAMED
Bangi, Darul Ehsan
01 Februari 1994.
2 ulasan:
salam de keheningan malam...
kita bagai sebuah tanda...
telah tercipta pada qadak qadarnya..
bukankah kita telah diberi berita??
bahawa setiap kita akan ada penghujungnya????
ruh2 di antara kita bergantungan..
di langit dunia..mencari tempat
hala tuju seterusnya...
sama2 kita mencari pintu2 taubat
untuk ke sorganya....
Salam malam Puspa Cendana,
benar, roh pinjaman sementara dunia di sini ... tapi, keinsafan kadangnya tipis sekali ...
Terima kasih kunjungan ke sini.
Catat Ulasan