LENTERAmerah rona membakari wajah-wajah suram yang dihasut senja
tenggara angin pecah di hujung jejari pohon tiada dedaun
sebentar lagi hadir purnama pucat di dada langit tinggi
jangan pecahkan lentera tidak bertuan ini
kelak kelam senja berganti hitam malam
aku tiada menjumpai jalan pulang.
ZULKIFLI BIN MOHAMEDKemaman, Darul Iman18 Ogos 2009.