Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 04, 2011

CINTA ( ii )


CINTA (ii)
(untuk kamu - Aryati)

cinta adalah jarum paling karat
halus menembusi dalam-dalam
ke ruang tanpa belas, membunuh
warna-warna pelangi yang pernah indah
tersia sederu angin cuma
kenangan bukan lagi taman permainan
untuk Adam dan Hawa
terpatahkan pada janji takdir.

cinta tiada habis dengan kata-kata ini.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
03 Mac 2010.

Isnin, Januari 31, 2011

CINTA


CINTA

cinta adalah buih
bergerak antara gelombang
lara dan hiba
pecah di hujung pantainya.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
22 Februari 2010.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM