Memaparkan catatan dengan label kepada Sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kepada Sahabat. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 04, 2011

CATATAN SEORANG LELAKI DI HUJUNG JALANNYA


CATATAN SEORANG LELAKI DI HUJUNG JALANNYA

seorang lelaki
yang pernah merasai mudanya
mencatat di dada dirinya :
"aku menyukai setiap kemanisan
mendalami setiap kegembiraan
memusuhi setiap penghalang
antara kemanisan dan kegembiraan".

"mematahkan setiap kata-kata
dari mereka yang penuh budiman
ironinya
di akhir jalan hidup ini
aku memusuhi waktu-waktu lampau itu
aku membenci akan diri sendiri
ya, diri ini !".

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemasik, Darul Iman
14 Mac 2010.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM