Memaparkan catatan dengan label Atlas Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Atlas Dunia. Papar semua catatan

Selasa, Mei 17, 2011

BAHASA ALAM


BAHASA ALAM
(Tsunami Jepun)

semuanya pecah
membelah setiap
zat dan zarah.

bahasanya
hanya satu
bumi ini terlalu tua.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
13 Mac 2011.

Ahad, Disember 27, 2009

TSUNAMI


TSUNAMI
(sekadar mengenang kejadian alam)

rasuk ombak membelah padat daratan
mabuk manusia dipatah-patahkan zat air
kita menangis kala itu.

mungkin kala itu sahaja.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
26 Disember 2009.

Selasa, Julai 14, 2009

SEMUA DUSTA


SEMUA DUSTA

(Semenanjung Gaza, seperti yang kita saksikannya)

dalam damai
dihalalkan setiap tumpahan darah
rintihan ibu
membasahi wajah
anak-anak tiada berdosa.

luluh satu persatu
derita diri
seperti luluhnya tembok bangunan
dibedil peluru bangsa hina.

Rumah Putih
( masuklah seramai mana Presidennya )
wayang lama tetap berputar
menghalalkan keganasan
tajaan zionis.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Perumahan Lot 144, Darul Iman
24 Februari 2009.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM