( i )
semalam aku membaca teks Sejarah
di dalamnya aku memahami manusia Kitol
yang meruntuhkan pertahanan kota Melaka
menghabisi riwayat Kesultanan Melayu yang tersohor itu.
terbinalah kesan yang panjang
menjadi luka bangsa yang kehilangan pewaris Sultan Mahmud Shah
di bumi yang tersergam kota A Famosa
menjadi kunjungan anak-anak sekolah ketika musim cuti panjang
menjadi kegilaan pelancong asing
tersenyum bergambar di hadapan pintu kota binaan penjajah
pimpinan Alfonso de Albuquerque.
luka itu semakin dalam setelah Melayu Johor
dimainkan manis janji Belanda
dan merebut Melaka dalam perang seratus tahun
Perang Tiga Segi, yang berterusan menghilangkan hak
Kesultanan Melayu Melaka.
( ii )
maka anak bangsaku, jangan sekali-kali
kalian menjadi manusia Kitol seperti cerita luka bangsamu ini.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
01 Disember 2003.
3 ulasan:
hahahhaha salah siapa
bila anak anak
nakkan keju bukan serikaya
nakkan MD, KFC, Pizza Hut bukan
nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu
salah siapa bila anak-anak bersengkang mate ulangkaji bahasa inggeris bukan bahasa melayu
kita keliru terus mengelirukan
anak-anak semakin celaru
aduhai Malaysiaku
watak kitol tk dpt dpisahkan dlm hdup manusia
ermm.. manusia kitol.. suka puisi ini .. tapi agak sukar diterjemah dengan perbuatan.. sungguh..
Catat Ulasan