Isnin, Mac 30, 2009

CERITA DALAM KABUS


CERITA DALAM KABUS


di taman berkabus
lelaki itu
merasai gigil kakinya.
hujung jalan yang ditinggalkan
sukar dirembus kembali.

garam pengalaman
asin berbaur di bahunya
gemerlap cahaya
menyilau dan menikam ke hujung jantung.
salam yang tiba
tiada didengari lagi.

setiba lelaki itu ke pintu kamarnya
sebatang lilin
membakar gigilnya yang keras.
di halaman keempat puluh empat
dakwat hitamnya tertumpah
menyerak
merosakkan diarinya yang satu.

ZULKIFLI MOHAMED
Jitra, Darul Aman
10 Mei 1996.

Tiada ulasan:

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM