( i ) 1824
perjanjian apakah ini wahai Inggeris
tanah Naning yang bebas ini
kalian tukar atur sesama Belanda
kalian satukan dengan jajahan Melaka
laknat sungguh bangsamu Inggeris !.
( ii ) 1830
undang-undang apakah ini wahai Inggeris
kami di tanah tumpah moyang sendiri
disergah diarah membayar hasil tani kami sendiri
bangsat sungguh kalian penjajah !.
( iii ) 1831 -1832
kami tetap di belakang Dol Said
siapa kamu Kapten Wyllie ?
hebatkah 150 orang sepoi kamu ?
laknat sungguh bangsamu Inggeris !
kalian hantarkan pula Kolonel Herbert
keji juga kalian Melayu Rembau bertalam dua muka
dengan kami Naning yang sekecil ini
luluh segala Naning kami
kerana dalam bangsat penjajah
wujud Melayu bercabang hati !.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
30 Jun 2006.
4 ulasan:
re:...ya ...aku memang rakyat sultan mizan...:-)
dungun sentiasa di hatiku
mana bangsa nak maju,
sesama sendiri tikam belakang;
cuba lihat indocelaka tu,
dia buat kita tanggung.
Salam,
Dari kota berlumpur ke Kota Puisi,
membalas kunjung hati ke hati.
Puisi-puisimu berjiwa.
Saya suka :)
penjajah memang manusia laknat, bahkan sampai era sat ini jajahan pun belum usai. mereka memakai gaya ekonomi baru, neokolonialisme dan neoliberalisme, kapitalisme global adalah bentu dari penjajahan jama dahulu kala yang pakai kekerasan, sekarang mereka pakai hegemoni ekonomi dan politik
Catat Ulasan