Selasa, Jun 02, 2009

SEPANJANG LIKU


SEPANJANG LIKU

( i )
duri-duri di sepanjang
liku hidupku ini perit menyakitkan
menusuk ke dalam, pedih sekali.
kucabut satu persatu
kuhimpun di dalam dulang kesabaran.
aku merasainya sungguh
lebih dari itu.

( ii )
akhirnya, kemanisan ini tiba
aku mengerti kerana semuanya
kerana duri-duri di sepanjang liku yang dilalui
tiada terbayar untuk kunikmatinya.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
17 Disember 2005.

5 ulasan:

dariana berkata...

salam. moga terus berkarya kerana Allah.

Tanpa Nama berkata...

sabar itu satu daripada iman. Allah memberkati hambanya yang tabah menghadapi dugaan.

Lumut Pagi berkata...

Apa ada cerita kita yang sama..?Anda dan berdarah sama sperti saya dan bangsa ketika ini melihat sesuatu yang begitu nyata di depan mata....:)

wahyudi my berkata...

Lukaluka di sepanjang jalan, seperti guru yang mengeja kesabaran.

HBM Consultant berkata...

Seringkali kita menang apabila diuji dengan kesukaran hidup dan seringkali kita tewas jika diuji dengan kesenangan dan kemewahan. Maka bersyukurlah kerana kelukaan itu seringkali membawa kesedaran dan keinsafan. Insya-Allah.

Nota:
Saya musykil, mengapa sesekali saya gagal membaca blog ini? Hanya tajuk utama di bahagian atas itu sahaja yang terpamer sedangkan bahagian bawahnya tidak terpapar apa-apa. Setiap kali hendak mebaca blog ini, saya terpaksa klik beberapa kali sehingga berjaya. KEadaan ini tidak berlaku pada blog lain dalam senarai pautan ke blog saya. Haru sungguh!

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM