INGATAN ( ii )
(dedikasi buat teman-teman Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Pengajian Sejarah Ambilan Januari 1996)( i )
sering, kita melakar-lakar
nama sendiri
di dada kertas
kekadangnya, mengabjad dan mengimpikan
segala.
telah terlalu sarat
kita diselubungi teori.
membaca fikiran manusia
tentang politik dan sosio-ekonomi
hampir klise
bukan ?
kerap juga, kita
cuba cara sendiri-sendiri
menguji dan mengukur
disiplin sains politik
sejarah dan pentadbiran awam.
di manakah kita
sebenarnya ?
kekadang buntu
hampir lupa juga, bahawa
kita saling membina
setiap sudut ilmu
di daerah sekecil ini.
( ii )
kitalah pelajar
kitalah guru
teruskan membentuk
nama sendiri.
ZULKIFLI MOHAMED
Jitra, Darul Aman - Bentong, Darul Makmur
31 Disember 1996.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan