Selasa, Mac 17, 2009

BENARLAH KEPADA AKU


BENARLAH KEPADA AKU


kepada merahnya ros
kesakitan ini, membusungi ke sudut kontras.
menyilang kesemua kepercayaan
milikku.

kelelahan menghitung kelopakmu
mendekatkan banyak mimpi.
terpecah jalur realiti
menghantarkan kembali
ke daerah kesaktian kata - adil.

benarlah kepada aku
tiada pernah
meletakkan kesakitan ini
pada tempatnya.

ZULKIFLI MOHAMED
Kamsis Burhanuddin Helmi, Darul Ehsan
Disember 1993.

2 ulasan:

eagleval berkata...

yang ini aku sangat suka bung keren..sipp

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

eagleval, terima kasih kerana menyukainya ...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM