Selasa, Mac 17, 2009

PERJALANAN MENCARI CAHAYA


PERJALANAN MENCARI CAHAYA


di rumah kecil
berkepung pagar kemiskinan
masih ada bumbung kasih
memberikan ruang syukur.
(bahawa, banyak kasih
telah mati dalam penjara nikmat).

dari cerita budak hingusan
riang dan nakal
membawa rasa tanggungjawab
tak putus kutemui.
(kemelaratan, tak pernah sampai
untuk sebiji mata pun
hanya material mampu membuka saudara).

aku pun menangguhkan keriangan
mengetuk-getuk ruang ilmu
kuat sekali berprinsip.
("ilmu membawa banyak pintu
seumpama kunci kecil untuk pintu besar.
material tidak lebih nikmat
seumpama bukit, disondol kian habis").

tanpa lupa
berkali aku, mengusahakan jadi manuia baik
biarpun dalam perjalanan mencari cahaya ini
tiada lebih
sebuah permainan silangkata !.

ZULKIFLI MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
14 Disember 1993.

Tiada ulasan:

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM