Ahad, Mac 15, 2009

FRAGMEN PEREMPUAN MENJADI LELAKI


FRAGMEN PEREMPUAN MENJADI LELAKI


atas kesulitan
bukan sedikit, berarus seumpama sungai
mencabar tebing hati
perempuan yang seorang ini.
meriwayatkan istana hidup
(memiliki seorang lelaki pelindung
berkhidmat kepada ceria anak-anak
utuh dalam ikatan kasih, alangkah !).
waktu pun menghadiahkan
harga hidup, tiada pernah kelihatan
- tiada lelaki pelindung
anak-anak cuma, memberikan
sebahagian kebahagian
untuk dirinya, pasrah dalam doa
yang tiada mati oleh masa.

dari rusuk kiri yang lemah itu
menjadilah dia - seorang perempuan dan
seorang lelaki, penuh tegar.
tiada terusik oleh songsang angin
biar halus ke batin ada luka
tertusuk derita kurniaan lelaki, suami
yang menjual cintanya di pertengahan jalan.

di ruang penjuru hidupnya, kini
hanyalah pengabdian penuh
tertatang seumpama minyak
buat anak-anak yang separuh mengerti
selebihnya hanya mampu simpati.
(tiada henti mengajarkan hidup
agar tiada menjadi seperti ibu.
perawan anakku, hidup ini sulit
di tangan lelaki
pemuda anakku, usah persulitkan
dunia perempuanmu).

ZULKIFLI MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
1990.

4 ulasan:

Ili Othman:: berkata...

interesting poem....

sayu dan penuh makna....

^_^

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

lli Othman, kesayuan yang dirasai di atas kata-kata, tiada mendasari apa yang terpikul di atas bahu yang melalui dan menghadapinya ...

lyn berkata...

salam

tersentuhnya sajak ni... seperti apa yang dilalui...

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Salam saudari lyn, jadilah manusia tabah. Atas ketabahan itu carilah kebahagian. Dan kebahagian itu banyak bentuk-bentuknya ...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM