aku tahu kau
pada dirimu penuh kasih
penuh teguh
dan, aku hanyalah
lelaki yang tahu menolak.
aku tahu kau
meminta kepada tempatnya
penuh menimbangkan rasa dan malu
dan, aku cumalah
lelaki yang berdindingkan prinsip.
berterima kasihlah
kerana pertemuan ini
kepada duri yang patah
kau tetap bunga yang merah.
ZULKIFLI MOHAMED
Jitra, Darul Aman
10 Februari 1996.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan