Isnin, April 13, 2009

WAKTU


WAKTU

aku semakin tua
melihat anak-anak kecil
di pangkuan isteri-isteri sahabatku.

aku semakin miskin
melihat kereta-kereta sahabatku
menjalar di laman.

aku semakin sepi
apabila kalian berangkat pulang.

sesekali terluang
utusilah khabar.

aku seperti selalu
sahabat yang dahulu.

ZULKIFLI MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
05 Februari 1998.

2 ulasan:

ainunL muaiyanah berkata...

Masa bergulir tanpa kita sedar kalau kita tidak lihat sekeling. Lihat siapa yang mendahului kita.

Seperti orang yang tidak rasa syukur kerana dia melihat ada orang mendapat apa yang lebih baik daripada yang dia ada.

Kalaulah dia tidak melihat sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dia ada?

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam ainunL muaiyanah, terima kasih kerana dalam catatan saudari itu ada peringatan untuk saya.

Bagaimanapun, saya bukanlah tiada bersyukur. Sajak ini menggambarkan "perubahan manusia (termasuk diri saya dan rakan-rakan baik saya) yang mengalami perubahan - melalui perubahan waktu".

Jangan "terlalu terikat" dengan Rangkap 2 saya itu.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM