Rabu, Mei 13, 2009

1969


1969


( i )
10 Mei 1969, kalian bawa penyapu gergasi
13 Mei 1969, kalian bawa pedang panjang
16 Mei 1969, darurat.

( ii )
semua perlu tenang
semua perlu ikut aturan
kita tubuh MAGERAN
kita buat Majlis Perundingan Negara
kita laksana Dasar Ekonomi Baru
kita jiwai Rukun Negara.

( iii )
Tunku sila letak jawatan
tanggungjawab ini perlu ada bahu galasnya.

( iv )
13 Mei 2004, kita mesti belajar Sains
13 Mei 2004, kita mesti pakar Matematik
13 Mei 2004, kita mesti kuasai Bahasa Inggeris.

( v )
kita lupa belajar Sejarah.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Karak, Darul Makmur
13 Mei 2004.

11 ulasan:

zaidharis berkata...

13 mei,
luka dan parah.

luka dan berdarah.

iman daud berkata...

peristiwa bersejarah yang mula diabaikan

Zaidin berkata...

13 mei 2009 sejarah baru tercipta!

Water Lily berkata...

Bagi sesetengah orang,sejarah tidak bermakna apa-apa.

SRISUFI berkata...

Salam bro..

13 mei 1969...sejarah yang sengaja ditutup...supaya anak bangsa menjadi buta sejarah...mungkinkah sejarah 13 mei kembali???

puisi yang mantap bro! teruskan

patungcendana berkata...

puisi2 fakta ni aku tak reti nak reply...huhuhu

re:...ya...yang terlebih2 sexy tu...yang jadi seksa...ahaha

Marniyati berkata...

Salam,
Blog puisi yang menarik. Akan saya letakkan pautan blog ini dalam senarai blog saya. Terima kasih sudi memperkenalkan blog ini kepada saya.

SeriBahasa berkata...

PPSMI - bangsa melayu banyak membantah. Bila anak tak mahir B.I., tak tahu Math guru disalahkan.
Tak heran kalau ramai anak melayu tak dapat kerja kat sykt. swasta.

n u r i d r i n berkata...

salam.
mujur ada sebilangan yang masih mahu mengingatkan fakta-fakta sebegini.
ramai yang sedar,
tapi masih mahu lena.
mungkin.

faziz ar berkata...

13 mei yang sangat perlu digali secara benar agar 13 mei benar-benar menjadi garis pandu bukan menjadi titi kayu untuk di anjak oleh pihak berkepentingan.

membaca puisi ini menyedarkan kita..

suhaimina berkata...

puisi anda amat di hargai.teruskan!

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM