Sabtu, Mei 09, 2009

PUTERIKU


PUTERIKU

(anakandaku, Wardina Sahira)

dalam dirimu
terbina aliran sungai darah
dari dua muara kasih
menjadi satu lautan madu.

dalam perjalanan harimu
terbawakan cinta anugerahNya
dari dua watak manusia
menjadi satu harapan baru.

puteriku
menapaklah dengan kehalusan
namamu itu
seharusnya, menjadi pemikat setiap hati.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Durian Guling, Darul Iman
03 November 2003.

9 ulasan:

xiiinam berkata...

Salam hari ibu kepada bonda puterimu...


Juga bonda-bonda sejagat alam....

zaidharis berkata...

semoga puteri itu dikalangan hamba yang solehah.

dcrysz berkata...

salam mesra buat bonda anakmu dan juga puterimu....

iman daud berkata...

bahasa mu terlalu indah sehingga aku dapat dalam melihat kasih sayang mu terhadap putrimu dari mata hatiku

Water Lily berkata...

Secantik namanya sahabat,mudah-mudahan dia menjadi puteri penyejuk matamu dan dan bondanya. Ameen!

Selamat hari ibu untuk bonda anak-anakmu. :)

wahyudi my berkata...

Seperti selalunya, puisi saudara sarat dengan pesan.

patungcendana berkata...

peterimu

yang terbina dari lautan madu
kini membawa harapan baru
pastinya memikat setiap hati
kerna dia adalah kamu... :-)

re: ada bayu nak tukar jadi taufan ...

ahaha

itu cuma ramalan cuaca...belum bertukar lagi...:-D

harap2 cuaca kekal nyaman...dan pemanasan global tidak berterusan
kalau tidak
bayu akan berubah rupa
menjadi ribut taufan yang gila...hehehe

thank you for the wish...aku cuba menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk anak2 ku...

ucapkan selamat hari ibu juga untuk isteri mu...

noorlara berkata...

berbahagialah anak-anak yg lahir dari paduan cinta kasih nan murni dan lulur...sejahteralah mereka di dunia dan akhirnya..

faziz ar berkata...

menatap puisimu saban hari.. sungguh terasa jiwa senimu..
syabas ku kira kau paling produktif dalam berkarya...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM