Jumaat, Jun 12, 2009

KUALA TELEMONG DALAM SAJAK


KUALA TELEMONG DALAM SAJAK

( i ) 1921
tanah yang berbudi kepada kami petani miskin ini
menumpang rezeki dari helaian nipah dan palas
mencukupkan mulut dari salak dan sagu
dengan mudah kalian Inggeris
mengutip 50 sen, sedang ini bumi Melayu kami.
terima kasih Haji Abdul Rahman Limbong
kerana Inggeris kelu bisu di meja mahkamah
sewaktu hujah "tanah ini hak Allah" diterima pakai.

( ii ) 1923
bangsat kalian Inggeris membuat sesuka rasa
salahkah kami memburu binatang di hutan kami sendiri ?
kalian ciptakan Undang-Undang Kawalan Binatang Buas
mendenda kami 500 dolar jika berburu lagi
tak cukupkah 50 sen yang dahulu ?.

( iii ) 1924
sewelkah kalian Inggeris ?
tanah kepunyaan kami diwajib bayar 2.50 ringgit
kepada bangsamu yang menjajah kami.

( iv ) 1925
kami cabar kamu Inggeris
ini tanah kami, jangan memandai konsensikan kepada saudagar Cina
kalau pun kami hanya petani
kami bukan bodoh !.

( v ) 1928
lihat bendera merah kami ini wahai Inggeris
di bumi Marang
di bumi Kuala Telemong
di bumi Kuala Berang, kami akan pecahkan kepala kamu Inggeris !
bacul kalian Inggeris, kami petani
kalian adukan dengan tentera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
bacul kalian Inggeris, Haji Abdul Rahman Limbong hanya peniaga
kalian tangkap dan humbankan ke Makkah.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
15 Ogos 2007.

9 ulasan:

noorlara berkata...

Waalaikumussalam saudaraku,
kalau Inggeris yg buat onar memang
dah dasar penjajah tapi kalau bangsa sendiri yang menjual tanah dan maruah sedang kita bukan siapa siapa untuk berbuat apa apa...lalu bagaimana?
Selamat berhujung minggu

Seri berkata...

aku setuju dengan pendapat noorlara tu. aku takut anakcucu kita melarat di tempat sendiri kelak.

Bunga Rampai berkata...

Biarlah sejarah direnung lalu difikirkan dengan akal budi kemudian dijadikan panduan untuk mengangkat diri dan ummah menjadi mulia dalam pandanganNYA.

Salam :)

patungcendana berkata...

selamat berhujung minggu
en zul...:-)

layan lagu whitney jap...:-)

faziz ar berkata...

salam sdr zul
baik sekali menyingkap lembaran sejarah.. menjiwainya dalam puisi amat baik sekali..melalui puisi sejarah dihayati dengan perasaan bukan setakat menghafal secara akedemik yang tidak membuahkan rasa insaf... saya kira begitu..
teruskan berpuisi dengan peristiwa sejarah muga sejarah dapat menjadi inti kesedaran ...

Seri berkata...

kunjungan di awal pagi senin dgn doa semoga cik gu sehat wal'afiat selalu.

jebatsari berkata...

malangnya, semakin ramai orang melayu yang lebih inggeris drp org inggeris!

_deli berkata...

Salam sdr zul,
Den_nai bukan peminat sejarah, apatah lagi mendalaminya - jauh sekali. Dan akan ter'repeat'lah kesilapan yang sudah-sudah.
Dan benar kata faziz ar, "...melalui puisi sejarah dihayati dengan perasaan". Den_nai rasa terkesan.

Basuh Baju berkata...

lagi teruk org melayu dan melayu ckp omputih..

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM