sepotong roti cinta
berkopikan jadam hidup
kita harus rasainya bersama
dalam harian tanpa mendung
kerana mentari masih di kepala.
jangan bazirkan
jangan tumpahkan
kita cernakan satu persatu.
tanpa cinta
tanpa rasa
kita bukan makhluk manusia.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
13 Jun 2008.
12 ulasan:
yah manusia memang ditakdirkan punya cinta dan rasa..tanpa itu kita bukan ap apa..sama halnya dengan yang tak bernyawa..
btw ada award buat kmu plenz ambil di
joni
okok keep in touch
harap harap cinta yang ada pada diri tak hilang dan pergi.
Tanpa perasan...
Memang kekadang ada cinta yang terbazir......
Kerana tiada rasa
Tiada prihatin.
salam zul
manusia dibekalkan cinta...
tanpanya manusia bisa jadi malaikat
tanpa nafsu..
cinta harus dipelihara dan
letakkannya ditempat yang hak..
Datang ziarah ke kota puisi merasai roti cinta dinikmati bersama kopi jadam kehidupan.
Salam sastera sdr Zul.
sangat cantik :)
jangan bazirkan
jangan tumpahkan
dan
jangan diberikan pada yang lain...
re:...ya...itu condition otak aku lepas tengok transformers...huhuhu
:).
cinta itu serpihan nikmat surga namun kekadang hangat membakar jiwa, lalu kita derita merana akibat cinta......
cinta adalah jadam dalam hidup. adakalanya menjadikan pandangan kita sepekat kopi.
mencintai nikmat jadam
mencipta keberuntungan
hidup
ya, tetap pahit
tatap hebat
pekat-pekat kopi
mahu juga hari-hari
merindui roti
bermentegakan hati
bertabur janji
sehidup semati
merasai kopi dan jadam
sekali
ingatan nan abadi
best2!.. nanti buat puisi tentang cinta buley..ngee~
Catat Ulasan