seberkas kunci rindu terlepas dari genggaman
bersungguh mencari di antara jejak-jejak semalam
tiada di sini
tiada di mana-mana
bagaimana pintu yang terkunci ini akan kubukai semula
kerana kunci rindu telah hilang
dalam waktu-waktu yang terlepas pergi.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
10 Ogos 2009.
10 ulasan:
salam..
kata-kata yang ringkas tapi makna makan dalam ayat rindu2 ni..
mungkin satu hari nnt kunci tu akan di jumpai semula..
walaupun tak tau bila..
salam.blog kamu menarik.
saya suka puisi yg bermakna dan ringkas.teruskan menulis..:]
salam zulkifli mohamed,
sukar untuk ku fahami.
andai aku mampu langsung hidup
tanpa bawa kunci-kunci rindu
di tanganku
kerana waktu-waktu begini
pasti aku rindu
pasti aku akan mencari
waktu-waktu yang terlepas pergi
kunci rindu itu
sempadan ruangan hati
dan cermin diri.
Salam sdr Zul,
The key(no pun intended)word is 'misplaced'. I doubt that you have lost them.
Temporary amnesia maybe? Alzheimer, I dont think so!
There is no need to bend over backwards for them. It will come back to you without you having to search for it. It's there, somewhere, and it'll soon surfaced.
jika kunci rindumu hilang
akan usanglah kasihsayang
dalam kamar ingatan yg terhalang
salam sdr zul
kasihan...
kunci rindumu yang kehilangan
di mana akan kau jejaki
tetapi
pada firasatku
kunci itu akan muncul
dalam langkah pencarian kau yang teratur...
terkunci rindu? maknanya skrg anda x merindu lagi? aku pun hilang kunci motor baru tadi!
tak mengapa lah jika kunci rindu itu hilang
asal saja dia tahu
yang kau rindu padanya...
lama tak jumpa en zul...:-)
Ayatnya ringkas..tapi maksudnya padat..:-)
mesti sukar menanggung beban rindu yg x terungkap tu kan..pasrah menerima apa yg bukan milik kita lagi..
Catat Ulasan