( surat 1 )
18 Januari 1956,
ke hadapan Lord Lennox-Boyd
Setiausaha Tanah Jajahan British
kami Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail,
Tun H.S. Lee dan Tun Abdul Razak
sebagai Wakil Parti Perikatan
bersama-sama kami
Dato Panglima Bukit Gantang, Abdul Aziz Othman,
Dato Mohd. Seth dan Dato Nik Ahmed Kamil
sebagai wakil Raja-Raja Melayu
telah tiba di London untuk mesyuarat rasmi
membincangkan hak ketuanan tanah air kami, Malaya
terima kasih kerana memudahkan kami
dengan rundingan ini
dan menyetujuinya sebagai Perjanjian London.
( surat 2 )
20 Februari 1956,
ke hadapan penduduk Malaya
sambutlah kami - Rombongan Merdeka
di sepanjang jalan menuju Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka
kami hendak mengumumkan tarikh keramat 31 Ogos 1957
yang disyaratkan dalam Perjanjian London
sebagai hari pembebasan bangsa dan tanah air kita
yang tercinta ini.
( surat 3 )
15 Ogos 1957,
ke hadapan Raja-Raja Melayu
kami rakyat Malaya mengangkat sembah takzim
kerana sudi mencemar duli ke King's House, Kuala Lumpur
terima kasih Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad
menyempurnakan Perjanjian Merdeka
dan menerima pemakaian gelaran Yang Dipertuan Agong pertama
Malaya yang akan terbebas dari bangsa penjajah.
( surat 4 )
30 Ogos 1957,
ke hadapan seluruh rakyat Malaya
jemputlah ke Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
pada malam ini, pada detik 12 malam
marilah kita merakamkan detik-detik menurunkan
bendera Union Jack
kita gantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu
kita tamatkan penjajahan 446 tahun yang panjang ini.
( surat 5 )
31 Ogos 1957,
ke hadapan seluruh rakyat Malaya
berkumpullah kita di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
dalam pagi keramat ini
kita menyaksikan penyerahan dokumen penyerahan kuasa
disempurnakan oleh Duke of Wellington ke tangan Tunku Abdul Rahman
dibakari laungan keramat MERDEKA !.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
08 Ogos 2009.
10 ulasan:
....dan kerana surat-surat keramat itulah
...kita di sini
...dan begini
...hari ini
lg merayakan hr kmerdekaan mas???????
selamat mengisikemerdekaan dengan penuh kedamaian
salam hangat
joni
salam
selamat kita memasuki bulan kemerdekaan
bulan kebebasan dari manusia kolonil
muga kebebasan ini untuk semua kita
tanpa ada kerakusan
penggunaan akta ikut suka...
Dah 52 tahun merdeka masih banyak nak dipostmortem nak kaji nak itu nak ini nak...nak ..nak rupanye bukan mudah nak mengisi kemerdekaan.
terasa banyak jiwa-jiwa yang belum merdeka dan masih terjajah terutama anak-anak muda, cabaran semakin hebat sedangkan halangan semakin kuat
Kita sudah merdeka?
tapi masih dikongkong dolar amerika..
kita sudah merdeka?
tapi masih dipenjara nafsu haloba..
kita sudah merdeka?
selamat negara merdeka!!
taun ni merdeka dlm ramadhan.... bagus..
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52! Semoga Malaysia terus maju....maju....dan maju lagi....
Merdeka! Merdeka!
Merdeka!
Laungan hanya
jiwa tak
merdeka
abuyon
10 Ogos 2009
Telah kita perolehi kemerdekaan. Marilah kita isikan kemerdekaan dengan kesungguhan dan kebenaran. Semoga Malaysia kekal merdeka jasad dan raga
Merdeka kita, biarlah sampai pada maksudnya.
Catat Ulasan