Ahad, September 27, 2009

DARI MUSIM YANG LAIN


DARI MUSIM YANG LAIN


( i )
musim yang kacau
membekaskan waktu-waktu padu
meliarkan janji manusia berlidahkan kita
kita belajar mengukir setiap pertentangan
tanpa gusar ke atas musim-musim yang mendatang.

( ii )
waktu-waktu yang membekas padu
melahirkan kacaunya musim lalu
kita terlerai dalam lidah janji yang pernah liar
setiap pengukiran seharusnya kekal bertentangan begitu
musim-musim kita lalui bersama adalah sahabat diri dalam waktu yang lain.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Durian Guling, Darul Iman
25 September 2009.

7 ulasan:

setiakasih berkata...

'maaf.. saya kurang faham...'

mungkin bahasamu kali ini agak tinggi bagiku.. :)

namun, ia membuat saya berfikir ya...

patungcendana berkata...

musim-musim kita lalui bersama adalah sahabat diri dalam waktu yang lain.

ayat itu buat aku teringat pada sahabat aku yang dah lama ditinggalkan....sayu....

tokder berkata...

orang durian guling ker?

Tanpa Nama berkata...

Salam ziarah saudara,

tk dgn kunjung ke taman denganizinnya.

Sy suka bicara puisi ini
Bait-baitnya sedikit berkenaan,
Ataupun kebetulan..

satu perkara satu musim lalu
satu perkara dlm perjalanan kembara
satu lagi perkara pelajaran dan pengajaran jadi tauladan pengembara

hari ini mengembara
sekali lagi mengembara
InshaAllah pengembara mengembara
mencari mencapai mudahan berjaya

azzaliena suziantie feisal berkata...

nice one :)

faziz ar berkata...

salam sdr zul
aku sedang cuba memahami bait-bait dalam puisimu kali ini..
cantik susunannya \misti ada mesej yang tersembunyi...

pisey itu aku berkata...

=)
benar.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM