Khamis, Oktober 15, 2009

KITA ( iii )


KITA ( iii )


( i )
di bawah teduhan bebayang harap
di suatu taman berbungakan waktu
aku temuimu sedang menangis di situ
hentikanlah, usah hatiku terus digoresi begini.

( ii )
di sini cahaya telah hadirkan dirinya
tanganmu jelas terlepas tanpa kuizinkan
(kejamnya, aku masih bermimpikan
bebayang, taman dan tangisan itu !) .

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
15 Oktober 2009.

7 ulasan:

setiakasih berkata...

hebat rasa kerinduan
hebat lagi rasa kasih yang terlepaskan
mungkin kerna luar perhitungan
mungkin kerna tiada restu Tuhan
beralih kita dari sasaran
berpaling kita atas nama kesempatan yang didak dimanfaatkan

pasti dia menangis
pasti jiwamu masih taris
senyuman masih berbingkai
terpaku di lubuk hati paling suci
ingatan terhadapnya masih meratui

namun, Zul..
janganlah sayang.... kamu pernah membenci.

terompahkayu berkata...

salam kunjung! abang sabar ya.

ziekiera berkata...

mimpi itu sebahagian daripada kehidupan zul...jgn bermimpikan yg bukan milik kita...atau yang tak mungkin kita miliki...

Tanpa Nama berkata...

salam zulkifli.

berat melepaskan?
bersedialah jiwa untuk terbeban.

tidak mengapa
mungkin esok ada yang datang menghapus dia.


=)

LavENDer Wind berkata...

tak usah dibelegu
bebayang waktu
telah terlepas tanpa bicara
maka telah menjadi sudah
memanggil kenang-kenangan
tak akan mengapainya semula

arsaili berkata...

salam bro...macam mana raya hari tu...sekarang rakan india plak sibuk beraya..ehehe

mamamin berkata...

cerita yang menyayat hati.. :>

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM