Isnin, November 16, 2009

SURAT KEPADA BULAN


SURAT KEPADA BULAN


semalam wajahmu hilang
di balik ranting aku menyanyi
lagu pungguk yang patah-patahnya
terlalu sumbang
malam ini aku masih berlagu
menanti wajah nuranimu.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Cherul, Darul Iman
16 November 2009.

11 ulasan:

Diarihatiku1976 berkata...

ohhh.. sang bulan purnama...

iman daud berkata...

Salam

seolah-olah sedang merindui seseorang.. emm

Sara Musfira berkata...

Walau apapun kan? nice.

setiakasih berkata...

punggukku
kaukah itu
telah singgah di rantingan kayu
menyanyi lagu sendu
yang gusarnya kamu
mengapa aku pula yang gelisah menunggu?

duhai pungguk
tahukah kamu aku juga merinduimu
mengalun lagu yang patah-patahnya
terlalu sumbang tiadaku tahu
yang pasti
tika mendengarmu
hatiku melirih sendu

lagu rindu itu, apakah untuk aku?

mOEha Aziz berkata...

salam,

bulan... :)

mamamin berkata...

nantikanlah..
kerana bulan pasti datang lagi..

faziz ar berkata...

dimusim tengkujuh ini
rindulah pungguk pada rang bulan
dalam kesejukan

AAR berkata...

mengapa bulan tak kunjung turun seutuhnya? ketika aku hanya mahu pulang bersama pungguk, pergilah kenangan..lupakan aku.

tinta kasturi berkata...

oh bulan
oh oh oh
kerinduan pada memungguk tinggi
walau nyanyi itu sumbang
itulah lagu rindu
oh bulan
oh pungguk
oh oh oh

Penabahari berkata...

Sdr Zul memang seorang pemuisi romantis. Saya ikut terbuai dalam lenggok bahasa sdr.

noorlara berkata...

tiga dalam satu? terikat dalam kalbu...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM