Rabu, November 18, 2009

TRESNA ( xv )


TRESNA ( xv )

( i )
aku, kamu
dan tresna
tersisa lama dalam lompang waktu.

( ii )
kamu, aku
dan tresna
terpasung kekal dalam lompang waktu.

( iii )
tresna,
aku dan kamu - (masih)
terdetik saat-saatnya kekal menjadi kita.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Mak Lagam, Darul Iman
18 November 2009.

5 ulasan:

tinta kasturi berkata...

kita..
sangat beda dari aku.

kitakan aku
kekal dan masih
(sampai bila-bila)

abuyon berkata...

salam cikgu,

Maaf ya bertanya - tresna?

Anak Bumi berkata...

istana selalu menjadi tema utama bapak ya?

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam Abuyon,

"sewaktu saya paparkan TRESNA (ii), ada seorang pembaca laman ini bertanya hal yang sama",

"perkataan TRESNA ini saya temui sekitar sesi 1992/93 di UKM, ketika mengambil kertas elektif/pilihan dengan Dr. Noriah bt Mohamed - kertas KESUASTERAAN JAWA", biarpun saya bukan major di Jabatan Persuratan Melayu (saya major di Jabatan Sejarah- pengkhususan Sejarah Asia Tenggara",

"TRESNA merupakan Bahasa Jawa lama/kuno/halus dan jarang ditemui dalam teks biasa - TRESNA membawa maksud cinta dan kasih sayang",

"moga Abuyon berpuashati dengan jawapan saya ini".

hu sein berkata...

tresna- cinta dan kasih sayang.
saya belajar sesuatu hari ini. terima kasih encik. =)

ini memang cantik.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM