Khamis, Disember 03, 2009

TERSURAT DAN TERSIRAT


TERSURAT DAN TERSIRAT

( i )
kata dia
"rumah besar ini milik aku"
"mereka ternama sahabat aku"
"hotel mewah ruang santai aku"
"tukul di tangan, aku berkuasa".

kata dia yang lagi satu
"cantiknya rumah ini tak macam rumah aku"
"hebat keretanya, mujur aku ada kapcai buruk"
"warung kat tepi longkang besar tu pun kira ok sangat"
"hari-hari aku tolong bersihkan sampah kat sini".

( ii )
suatu pagi yang jernih
kata dia lagi
"Seman, kenapa sampah kat depan tu tak angkat-angkat lagi ?"
"dah berbau ni !"
cepat-cepat jawab Seman (hanya pemandu - selalu tunduk kepala bila bercakap dengan dia)
"tuan, dah tiga hari lori sampah tak masuk tempat kita".

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
01 Disember 2009.

5 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

sebuah dongeng rakyat
antara tuan dan hamba
yang amat teruja.
ceritaq rakyat jelata
baca,baca jangan tak baca
media apapun takkan keluar jadi berita.

Tuan, saya salut tuan...

_deli berkata...

Salam sdr Zul,

Realiti kehidupan, bukan dongengan.
Yang terseret dalam kancah senario ini, jelata juga. Yang tersorot, bila busuk telah menerpa laman sendiri (lantaran angkara sipemegang tukul juga), baru tersedar janji kata tidak terkota.

Alahai...

Hasmora berkata...

salam tuan, terima kasih menyinggah dan ucapan tahniah.. hanyalah sajak biasa dari orang biasa.. saya juga selalu singgah baca sajak tuan di sini.. salam puisi

manusia rumit berkata...

hahahahaha

baru dia tahu kepentingan orang yang memungut sampah

janji halal
siap kisah

Puspa Cendana berkata...

Salam Sdr Zul...

Sindiran tajam yang menikam..
menaakul makna dalam diam
jelas sudah apa tersurat
apa tersirat...begitu rencam
dunia dalam golakan keakuan..

~pc~

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM