Selasa, Januari 19, 2010

SEPARUH DARIMU


SEPARUH DARIMU

lepaskanlah setiap terkurung itu
bebaskanlah setiap tersimpan itu
aku ingin tembus jauh-jauh ke dasar
aku ingin hadir jauh-jauh ke dalam.

separuh darimu
membahagiakan separuh dari aku.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
19 Januari 2010.

10 ulasan:

setiakasih berkata...

kau
yang sebahagian daripadaku
yang menjiwai ragaku
yang menafasi hidupku

kau
adalah bacaan takdirku
adalah cermin diriku
adalah kebahagiaanku

kau
yang satu-satunya mengakrabi hatiku
bersama laut dan kenangan di pelabuhan
memaknakan pengorbanan dan kesetiaan.

mamawana berkata...

simple and nice

Shukri Mohd Ali berkata...

ringkas namun mantap dan indah =)

abuyon berkata...

Salam cikgu,

Alangkah bahagianya. Menderitalah
kita jika yang separuh kita
itu, tiada.

a w a n berkata...

Zul,

Jika ditakdirkan satu saat kita bertemu mata, aku berharap
(jika) keikhlasan dalam dirimu juga mampu membuatku tersenyum, seperti puisimu ini.


Salam terindah dari kejauhan,


* Awan

noorlara berkata...

Terasakan kebelakangan ini bicara cinta yang membara-bara, kenapa agaknya?

Dj Epoi berkata...

?

Gua suker!!!

Walaweiiiiiiii!!

kelompen berkata...

salam cikgu.
separuh walau sikit lebih
baik dari penuh melimpah ruah..

arsaili berkata...

salam....separuh dari perempuan..tapi dari lelaki separuh boleh bertukar menjadi 1/4, 1/8 atau 1/16 uhuhuhu...here it comes poligamy...ehehe

Zawawi Aziz berkata...

"saling memberikan sebahagian
untuk melengkapkan menjadi satu (1Malaysia mungkin)"

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM