wahai anak-anak, cikgu telah mengajari angka dan bulannya sekali
ini Ogos untuk dilihat dalam-dalam kalaupun ramai membuang Sejarah
sebelum 31 Ogos ini, anak-anak tentu tiada hiraukan 13 Ogos ini
hati bangsa kita luka lagi
mereka bukan sekadar membaling najis
juga membakari hati kita
tatkala api mereka menjilat setiap jalur bendera kita
sedang mereka yang sama membaling najis dan membakar hangus bendera kita
senang sekali mencari sesuap nasi di bumi Malaysia kita ini.
tiada yang sedar
memberi seluas diplomasi
menjilat luka sendiri saban saat dalam Ogos ini.
mari anak-anak kita pelajari Sejarah 13 Ogos
sebelum 31 Ogos akan datang.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
26 Ogos 2010.
2 ulasan:
Lebih baik bijak dan bertenang
daripada bodoh dan sehodoh mereka.
http://www.youtube.com/watch?v=_Z5-P9v3F8w
Catat Ulasan