Selasa, November 02, 2010

TUJUH TAHUN


TUJUH TAHUN

(i)
tujuh tahun
hukuman kepada manusia yang membakar dan melupuskan
seorang jutawan.

(ii)
tujuh tahun
hukuman kepada manusia yang membawa mercun ke Piala Malaysia
2010.

(iii)
aku rasa mereka
yang membina undang-undang
harus tujuh tahun lagi membaca buku-buku mereka.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
01 November 2010.

7 ulasan:

alien berkata...

hukuman manusia...
tujuh tahun lagi baru mereka sedar

faziz ar berkata...

adios...sahabat..
puisi adalah cantuman kata
berbunga yang juga menukilkan
kritik pedas seumpama yang sahabat guriskan pada puisi kali ini..syabas

puisi bukan sekedar seni menghiburkan malah ia membawa mesej kritik sosial yang boleh tajam...

kita diberi sedikit kebolehan dibidang itu...maka kita teruskan begitu..l

abuyon berkata...

Siapakah yang dapat mengambil
pengajaran dari angka
7 tersebut?

noorlara berkata...

Assalamualaikum,

hahahaha hahahha hahahah cantikkkk!

gelak sakan dalam faham tak faham tapi rasanye fahamle jugak.

syafiqxsaifullah berkata...

tujuh.
manusia dilahirkan tanpa rantai,
nescaya itu,
manusia tak perlu dirantai dengan undang-undang!

alien berkata...

manusia dilahirkan bersama undang2 lah
tanpa undang2 manusia tidak akan jadi manusia

Shida Risha berkata...

salam...

saya x arif dlm bidang puisi ni.. tu pasal dulu kt skola xnak masuk kelas sastera.. hehehe

tapi apa2 pun faham gak lah mesej yang ingin disampaikan...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM