Rabu, Februari 02, 2011

TERENGGANU BUMI MERKAH


TERENGGANU BUMI MERKAH

namamu Terengganu
tertulis dalam catatan pengembaraan Abdullah Mushyi
di Sungai Tersat, subur agamamu
tercatat di dada Batu Bersurat Terengganu.

gagah sekali watanmu memusuhi penjajah
aku kenal lelaki Abdul Rahman Limbong
aku kenal lelaki Tok Ku Paloh, baliklah penjajah Inggeris
bumi ini untuk anak-anak Terengganu.

bijak sultan kami mendaulatkan setiap inci Terengganu
terima kasih Sultan Zainal Abidin III
menggubal Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu
mewariskan kesinambungan Sultan Mizan Zainal Abidin
meneraju kerajaan Malaysia pada hari ini.

akar bangsaku ialah akal dan buah fikir
tersusun gah nama besar cerdik pandai kami
Tan Sri Yahya Ahmad
Datuk Razali Ismail, jasamu jua untuk Terengganu
Kolej Ugama Zainal Abidin mewajahkan Universiti Darul Iman Malaysia
watanmu harus kekal berilmu untuk bangsa terbilang.

Bukit Besi yang bernadikan bijih besi
mewariskan kemakmuran bumi tuhan ini
Kerteh dianugerahi hitam minyak
sungguh
Terengganu bumi merkah.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
25 Februari 2010.

Tiada ulasan:

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM