kerana aku lemah
aku gantungkan tali harapan
berkali-kali di hadapanMu.
kerana aku kerdil
aku harus belajar menerima
berulang-ulang jarum dugaanMu.
kerana aku pelupa
haruslah diri merasai malu
atas hamparan nikmatMu.
Tuhan,
aku hanya bernafas atas satu jasad
dinamakan manusia
bentukkan hati ini
sejernih titis embun.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Marang, Darul Iman
03 April 2010.
3 ulasan:
sangat menarik..
"sejernih titisan embun.."
emm..
sangat menyentuh, terus ke dalam hati.
Terkesan di hati ini.
Catat Ulasan