Tuhan
semakin sulit kumaknakan
terima kasih ini
hatiku kian keras
serba rakus terbit ke luar diri
biarpun, berkali aku sesat ke mari
dalam sujud penuh seluruh
mencari-Mu di kubah tinggi.
Tuhan
semakin sukar kutembusi
makna kehidupan
cermin yang kulihat itu
adalah carikan sejarah
serba calar dan ada retak penjurunya
kini, biarkan aku merindui
putihnya pakaian akhir.
Tuhan
Tuhan
Tuhan
peluklah aku
dalam buruj rinduku-Mu.
ZULKIFLI MOHAMED
Universiti Kebangsaan Malaysia, Darul Ehsan
Januari 1994.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan