pada dinding serba malu dan berahi
telah kukeluarkan
seorang lelaki dengan rupanya.
kembali menemui keindahan
di sebuah taman
serba harum
kasturi, kemabukan
yang tumbuh dan mengakari kewarasan
seorang aku.
ZULKIFLI MOHAMED
Bangi, Darul Ehsan
03 Februari 1994.
6 ulasan:
sajak yg penuh pengertian..tapi masih tak mampuku suratkan apa yang tersirat.
Puisi yang mendalam maksudnya.
[luar kotak]
kau berdiri 'di sebelahku' sahaja..
:)
Idalara, sajak terhasil apabila seorang lelaki "hilang warasnya" kerana seorang gadis ...
Sayap Janna'im, "mendalam maksudnya" - apabila pembacanya "memahami" apa yang terhidang itu ...
Lumut Pagi, aku telah dan sedang "berdiri di sebelahmu" itu ... tapi tetap dengan "berseliparku" ...
Catat Ulasan