(buat teman-teman yang kadangnya, sukar dimengertikan)
bukan kerana ketika
mahupun waktu-waktunya
kita belajar melupakan
nilai persahabatan ini, terhapus pergi
pada jarak dan peluang
kita pilih sendiri-sendiri.
ZULKIFLI MOHAMED
Kemaman, Darul Iman - Bangi, Darul Ehsan
13 Februari 1994.
1 ulasan:
Salam...
Seringkali, pilihan itu ternyata salah apabila membelakangi salah satu - suara hati dan fikiran.
Dan lebih teruk lagi, jika membelakangi tuhan.
Catat Ulasan