Khamis, Mac 26, 2009

TRESNA ( iii )


TRESNA ( iii )


sewaktu kugarisi kaki langit
ke gemawan lepas, gumpalan rindu ini
meruap mesra ke dingin kabus
serba memutihkan debar dan harap.

mendasari rimbun pepohon hijau
tiada cacat kesempurnaan ranting-ranting
ditanggungi akar, dersik angin yang memesrai dedaun
sering membisikkan kata-kataku
yang mengkali tiada didengarimu.

ZULKIFLI MOHAMED
Bangi, Darul Ehsan
03 Mac 1994.

2 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

apa maksud tresna?

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

salam Insan Biasa (Anis), "tresna" merujuk kepada bahasa Jawa (kuno/klasik/istana/halus). "tresna" membawa pengertian - "cinta", "kasih sayang" dan "yang sewilayah dengannya"...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM