Khamis, April 23, 2009

KEPALA SIAPA BERDARAH


KEPALA SIAPA BERDARAH

(peristiwa pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia waktu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

kemarahan di hujung batu
kepala siapa berdarah ?
api usah dinyalakan
panas tetap berbahang
anak-anak jangan diajari dendam
berilah ilmu
agar dibina tamadun.

amuk di jalan aspal
kepala siapa berdarah ?
suara usah dibeli
sepatah tetap berbekas
anak-anak jangan diajari benci
berilah adab
agar dibina kemanusiaan.

batu dan api
aspal dan suara
kepala siapa berdarah ?.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
24 Oktober 1999.

5 ulasan:

zaidharis berkata...

Kepala siapa berdarah?

salah dinia?
atau salah politik itu sendiri?

sangsi,
keduanya,
mereka semua.

walaupun wajib ada.

ckLah @xiiinam berkata...

Demikianlah pekerti bangsaku...
kemanusiaan semakin mandul...
kebuasan merajai setiap ruang...
budi luhur bangsaku...
tidak lagi bersisa...



Psst: Kalau pergi Teluk Intan sekarang, di mana-mana kita akan lihat sepanduk /kain rentang yang berbunyi;

"Ini bukan adap,Ini biadab!!!"
yang berlatarkan gambar penunjuk perasaan jalanan di hadapan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar...

....malangnya, sebahagian pengikut 'pejuang aspal' itu sendiri sebenarnya tidak faham apa yang dilakukannya, hanya mengikut...dan terikut-ikut.

Wallahualam. Jika saya salah, jangan marah saya!!!

wahyudi my berkata...

Aku tertarik dgn ungkapan saudara, "aku melihat daripada sudut bangsa melayu, tiada dari sudut kepartian"

Dan aku melihat kebenarannya di situ.

Saya menanti puisi seterusnya.

n lee berkata...

salam:) aspal baru bagi saya
apa maksudnya?

fauzi rashid berkata...

adu domba siapa punya angkara mula
dari hasad dengki dan mabuk pertahan kuasa
tak pedulikan demokrasi
tuduhan liar diluar marwah
dicanai dan ditempah
itulah mulanya pecah..
tanpa asas kitapun cuba mencari kebenaran... dalam mod takut dan ditakutkan.. perubahan tidak perlu kata kita.. cumanya benarkah begitu...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM