Rabu, April 22, 2009

CERITA DALAM SUATU PERJALANAN


CERITA DALAM SUATU PERJALANAN


( i )
pepohon berlarian
di luar kekaca jernih
ingatan kembali subur
membesar dan hampir
membawa sisimu ke sisi ini.

gerak tanganmu
mengejar masa
detik dan detik, pergi berlalu
getar ucapmu seluruh
berbaul serba perasaan
menyeliputi dingin hawa
merembus ke dasar saraf
merintas bebuluh darah.

( ii )
jauhnya hentian
teramat singkat waktunya
terlalu singkat untuk senyummu
jika termampu, kumohon
perjalanan ini tiada hentinya.

waraskah aku ?.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
19 Oktober 1999.

5 ulasan:

D'Rimba berkata...

terima kasih

Lily Abdullah berkata...

Bila aku baca berulang-ulang,catatan perjalanan ini menjadi bertambah indah.

ps: Salam malam. Moga angin malam membawa salam ini,untukmu sahabat yang wajahnya tidak pernah kukenal :)

Alfie Stole Niena berkata...

thnx sudi singgah ke blog sy... nice blog awak.. kata-kata nan indah hanya lahir dari hati.. ;)

ceklala berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ABDUL LATIP berkata...

Assalamualaikum
Membalas kunjungan tuan ke blog saya. Sila datang lagi. Terima kasih.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM