Jumaat, April 17, 2009

KUKUHNYA BONDA


KUKUHNYA BONDA


( i )
ibuku semakin tua
entah sejarah
apakah lagi disimpannya
belum mampu kuterkai seluruhnya.

( ii )
masakanmu tetap harum
membesarkan aku
menjadikan lelaki, anakmu ini.

( iii )
sesekali, sewaktu
dipinta menguruti
kebas di belakangmu
aku merasai letihnya ibu
mengajarkan hidup
menjadikan aku lelaki, anakmu ini.

( iv )
setiap kali
kuciumi tanganmu ibu
tiada sanggup kutoleh
ke belakang, melihat wajahmu ibu
kalau-kalau perpisahan ini
tiada terulang lagi.

( v )
maafkan aku ibu.

ZULKIFLI MOHAMED
Kemaman, Darul Iman - Lurah Bilut, Darul Makmur
03 Mac 1998.

7 ulasan:

Idalara berkata...

Ibu...jantung hati...tiada ibu tiada kita..mudah2an kita bisa membahagiakan ibu sebagaimana ibu membahagiakan kita...mampukah kita..

zaidharis berkata...

aku doakan kesejahteraan ibumu wahai teman.

Lily Abdullah berkata...

Saya juga hanya punya ibu yang telah uzur. Membaca puisimu,membuatkan saya mengingatinya. Dia jauh di utara,maka khidmat bakti tidak dapat diberi seperti sepatutnya.

kuIna berkata...

aku rindu ibu ku...

ckLah @xiiinam berkata...

Tidak perlu menjadi si Tenggang
untuk mendapat gelaran
anak derhaka....


Kata bapaku...
3 hari berturut-turut...
kamu tidak berdoa untuk ibumu...


Kamu sudah sama
dengan si anak derhaka


nauzubillah...

Ibuku...
Ibu 10 anak...
Yang pernah diberi gelaran 'ibu mithali' oleh satu 'pertubuhan manusia'
Menatap wajah dia...
Adalah ubat segala lara..


Pssst: Saya ada tulis entri tentang bonda saya menjelang Hari Raya Korban lalu. Kalau rajin, boleh lihat.

Anem Arnamee berkata...

Salam rasa..


Ibuku, ibu mu, walau tidak sama.
masih bergelar ibu.

kerjaya yg tidak di mamah usia.
dipilih oleh yg Maha Pemilih.
menjalankan tanggungjawab tanpa ada paksaan dari ulat2 dan raksasa dunia.

namun mampukah kita rela memberi semula setelah semua yg kita terima?

wallahua'lam.tapi... insyaallah;)

pal7 berkata...

zul..
ibu itu segala2nya..
tiada pengganti..
ibu..ratu hati..

*terima kasih singgah blog sy..singgah selalu ya..

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM