Sabtu, April 11, 2009

MENGAPA MASIH


MENGAPA MASIH

pintu ini tetap satu
terbuka seluasnya untukmu.
mengapa masih
berdiri di luarnya ?.

keluarkan
dirimu yang sebenarnya.
pintu ini tetap satu
seluasnya terbuka untukmu.

ZULKIFLI MOHAMED
Kuantan, Darul Makmur
24 Januari 1998.

10 ulasan:

admin berkata...

salam

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam kenal saudara paradoxemon, terima kasih berkunjungan ke sini ...

ainunL muaiyanah berkata...

Ada yang memilih untuk duduk diluar. Melihat dan menanti yang di dalam keluar dan menyambutnya.

Ada yang hatinya ragu untuk melangkah, lalu jadilah dia yang tertinggal di luar.

berapa ramai yang berani melangkah masuk kedalam pintu yang terbuka kalau tiada tangan yang menyambutnya penuh mesra?

Si Kandil Hijau berkata...

SALAM ZIARAH..MINTA IZIN LINK BLOG INI YE.UNTUK RUJUKAN SAYA NANTI.SYUKRAN

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam ainuL muaiyanah, komentar yang "tersurat" dan "tersirat" ..., saudari miliki "deria" yang bagus ... terima kasih berkunjungan ke sini.

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam Zuhaida Haji Zainon, terima kasih atas ziarah saudari. Saya izinkan ...

yus_anakmelayu berkata...

Salam Ziarah

Aku melihat pintu itu satu
Namun pelik
Yang aku inginkan
Hanyalah menjenguk di sebalik tingkap kaca

Minta nasihat saudara Zulkifli membetulkan puisi-puisi saya. Baru menjenguk alam puisi, banyak kekurangan. Jika bukan kerana prof Rahman Shaari menetapkan supaya menyiapkan 20 buah sajak, mungkin tak terlintas langsung untuk saya membuat puisi barangkali =) Assalamualaikum

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam kenal anakmelayu, anda beruntung diajari oleh Prof. Rahman Shaari yang memang terkenal dengan puisi-puisi indahnya. Selayaknya bukan saya yang membetulkan puisi saudara, kerana saya juga masih belajar. Bidang saya ialah "Pengajian Sejarah". Mencatat puisi hanyalah "kesukaan" saya ketika waktu-waktu senggang. Maafkan saya saudara ... Apa pun selamat berjaya dalam penulisan saudara ...

::ainbutterfly~ berkata...

saya suka puisi yang ni..sangat mendalam maksudnya..

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam pagi ainbutterfly,
terima kasih berkunjungan ke sini, juga sukakan puisi ini ...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM