Rabu, April 15, 2009

MENGENANG DETIK 31 OGOS


MENGENANG DETIK 31 OGOS


( i )
sebahagian nama
telah pergi dalam waktu
membesar dalam sejarah
anak-anak perlu ingat
anak-anak perlu kenal
Dato Onn dan PEKEMBAR
Dr. Burhanuddin dan PKMM
Ahmad Boestaman dan API.

"Hidup Melayu" menolak Malayan Union
MacMicheal bermudah atas sultan
politik panas, politik maruah
politik jati diri - Dato Onn merajuk ?
Tunku Abdul Rahman dan lambang kapal layar
menyatukan kaum
PERIKATAN - masuklah Kolonel Lee Hau-Shik
jemputlah V. T. Sambanthan.

tanyakan sejarah
bangunan Sultan Abdul Samad
kalau mampu bercerita
berkatalah ia - "Union Jack" telah lama
pulang kepada Ratunya.

setiap detik, 31 Ogos
laungan Tunku
seakan menceritakan segala jerih
perjuangan bangsa.

( ii )
berulang detik, Ogos tiba lagi
anak-anak gembira dan bebas
kian kikis jati diri
anak-anak, kemerdekaan
bukan bersenang-senang di kompleks
bukan bermalas-malas di tanah air sendiri.

sesekali marilah membuka
buku sejarah bangsa kita
marilah memenuhkan
suatu pengisian ini.

ZULKIFLI MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
11 Februari 1998.

2 ulasan:

xiiinam berkata...

siapakah lagi
yang harus menelusuri sejarah
negara kita
bangsa kita
kalau bukan kita?

mempelajari sejarah
sesungguhnya
mengheret kita
menyedari akar umbi
dan membentuk jati diri.....

*** Satu 'escapisme':-
"Buat apa belajar sejarah? Buat apa belajar cerita orang yang dah mati?"

Hey....'orang yang dah mati' yang kita mahu pelajari ini, bukan orang yang mati katak kerana merempit ke sana ke mari....
...bukan orang yang mati kerana mencucuk tubuh sendiri dengan syabu atau estacy....
...bukan orang yang mati akibat letupan mercun buatan sendiri menjelang aidil fitri....
..bukan juga orang yang mati akibat letupan tong gas memasak yang diubah suainya sendiri menjadi bahan bakar kereta untuk menguji kreativiti....

Oh...

Bangsaku....

xiiinam berkata...

Kekadang...
saya menggeleng sendiri
melihat remaja bangsa kita...
merempit ke sana ke mari...
membawa jalur gemilang
sempena sambutan bulan patriotisme...
seolah dialah dulu
yang membunuh komunis Malaya di hutan

sedang di minda dia...
sedikit pun tidak pernah berbekas...
apa erti patriotisme

MERDEKA! MERDEKA!

VROOOOOOOOOOOOOOOOOM! VROOOOOOOOOOOOOOM!!

MERDEKA! MERDEKA!

VROOOOOOOOOOOOOOOOOM! VROOOOOOOOOOOOOOM!!

Ke sana ke mari....
berpasangan muda dan mudi....

Apakah erti merdeka itu...
Hanya sekadar mengusung bendera
Setahun sekali?

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM