Sabtu, April 04, 2009

MENJADI WANITA


MENJADI WANITA

(untuk perkahwinan rakan sejawat, Nurzaini Abdullah)

( i )
setelah
bersendirian berlarian
di dataran terbuka
hari ini
seorang perempuan
bersyukur menemui
bahagianya menjadi wanita.

( ii )
ketibaan esoknya
bermula dengan satu lamaran
bersedialah
memijakkan kaki
pada setiap kerikil.

ZULKIFLI MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
12 September 1997.

14 ulasan:

visimindaku berkata...

Salam perkenalan....Saya menelaah puisi-puisi saudara. Bagus dan baik sekali, teruskan.

Luv like this.... berkata...

salam kenal juga...nice blog u have..lots of poems..luv to read ur entri

wahyudi my berkata...

Salam puisi,saudara.

ckLah @xiiinam berkata...

Salam kunjungan balas. Terima kasih bertandang datang.


.....sesekali aku cuba menulis puisi...andai itu layak digelar puisi.....

m[i]era berkata...

kena tag..sila jwb..
hehe

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Zaidin, salam kenal juga. Terima kasih atas kunjungan.

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Luv like this ... salam kenal, teruskan membaca jika saudari menyukainya.

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

wahyudi my, salam puisi dan salam kenal juga untuk saudara ...

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

xiiinam, terima kasih atas kunjungan saudari. teruskan menulis, apa yang ditulis tentunya hak kita...

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

m[i]era ... "saya menjawab ni" - dengan ucapan selamat datang ke laman ini, dan datanglah selalu.

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah..indah sungguh puitisnya..teruskan menulis..

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

salam nadeeya, terima kasih atas pujian (?) itu ..., ada kelapangan inilah "kesukaan" saya.

Nonchalantly anxious berkata...

Puisi hebat, aku tercegat, terperanjat. Syabas.

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam malam Aida Kamsuri, saya mencatat dengan kata-kata. Saudari menyukainya, terima kasih. Juga penghargaan buat saya ...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM