(dedikasi buat pelajar-pelajar sulungku, di SMK. Lurah Bilut 28800 Bentong, Pahang; 1997)
( i )
ke mari ke sini
kita bersatu membawa harap.
harap seorang ibu
harap seorang ayah
harap seorang pentadbir
harap sebuah organisasi
harap sebuah masyarakat
harap sebuah negara.
(kita pun menjadi letih
oleh terlalu banyak harapan.
kejaran masa menakutkan tidur
kalau-kalau terserpih
menjadi mimpi cuma).
( ii )
lebih dari itu
sejujurnya sebagai aku
hiduplah kalian
sebagai manusia waras
setelah mengatasi setiap harap.
jika terserpih juga
seisi kehidupan masih memerlukan kalian.
( iii )
sebenarnya, kita saling berperang
di luar diri
di dalam diri.
ZULKIFLI MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
30 Oktober 1997.
14 ulasan:
wah,..sgt puitis la awk ni..hehehe
'sebenarnya, kita saling berperang
di luar diri
di dalam diri.'
....dan dalam berperang itu...
anak-anak didikku....
jangan sampai kau lupa
jati diri kamu...
jangan sampai kau gadai...
akar umbi kamu....
Semoga cikgu berjaya melahirkan bakal modal insan yang berharga kepada negara, bangsa dan agama...
hurm...menarik!
berperang dengan diri, rancang dan laksana, matlamat jelas, penuh ilmu didada. hati-hati dengan musuh didalam diri! Semoga kita berjaya.
Salam kenal dan kunjungbalas
Saudara Zul,
kita umat Melayu sebenarnya dalam kancah peperangan untuk meraih simpati. Sedarlah wahai bangsaku,berpadulah, mesrakan hati-hatimu, agar generasi kita tidak menemplak kita di kemudian hari.
ikhlas dri Kuntong.
Berperang dengan identiti bangsa sendiri, aku sudah putus harap
Tafsirlah perang dalam lingkungan kita kerana hanya kita yang lebih memahami kita..
Salam AreDa, terima kasih berkunjungan ... permainan bahasa dinilai berbeza-beza, ada yang memahami, tidak kurang yang tiada "minat" untuknya ...
Salam xiiinam, tepat sekali ... "akar umbi" dan "jati diri" satu teras dalaman yang kian kikis dalam individu kini. Saya tidak putus melihatnya apabila jejak ke "laman sekolah", juga ketika "membina modal insan" di sekolah ...
Salam only me ^erien'z^, terima kasih berkunjungan ke laman ini, teruskan mencari "apa yang dianggapkan menarik" ...
Salam kenal kembali noralara, diri saya tetap "musuh kepada saya" dalam waktu-waktu tertentu ... itulah yang menjadi "peperangan diri" sebenarnya ...
Salam KUNTONG, saya masih perlu banyak belajar tentang "Melayu kita hari ini", biarpun saya menemuinya dalam "pelbagai bentuk" melalui pengajian Sejarah saya - dahulu hingga kini ...
Salam Lumut Pagi, tunggulah "bentuk peperangan itu" dalam sajak-sajak ke hadapan ...
Salam Aida Kamsuri, jangan berputus harap... kita tiada upaya untuk "mengubah segalanya" ...
Catat Ulasan