Selasa, April 07, 2009

SIAPA - SIAPA


SIAPA - SIAPA

(buat teman yang tahu dirinya tiada perlu menjadi "siapa-siapa" pun)

siapa-siapa pun
mahu bikin puisi
mahu bikin sajak
mahu bikin apa-apa.

cuma taruhkan kata
cuma taruhkan indah-indah
biar lagi sukar
biar lagi tiada faham
itukan puisi
ya, sajakku.

siapa-siapa pun
mahu jadi seniman
mahu jadi sasterawan
mahu jadi datuk juga.

cuma hadap mesin ketuk
cuma beli komputer, kalau mampu
jangan lupa simpan janggut
juga sedikit rambut panjang kalau boleh
rajin-rajin hantar karya
tiada keluar, tong sampah ada.

siapa-siapa pun
mahu jadi siapa-siapa
hingga tiada tahu
dirinya itu siapa !.

ZULKIFLI MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
20 November 1997.

8 ulasan:

izan berkata...

asal tahu arah tuju...

Lumut Pagi berkata...

Semua boleh jadi kita..kita tak boleh jadi semua..!!

**Jemput ke rumah 'kami' Jumaat ini. Ada acara dari mereka 'di belahan kiri'...

:)

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Salam izan, terima kasih berkunjungan.

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Salam Lumut Pagi, "jadilah apa yang kita suka" (?), boleh ke begitu ... Apa maksud Lumut Pagi tentang "jemputan" Jumaat ini (?) ...

wahyudi my berkata...

sinis,tapi begitulah sebenarnya :)

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Salam wahyudi my, "sinis" ... tapi itulah gambaran sebahagian daripada kehidupan.

anex berkata...

saya suka. sgt suka sajak ni.

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Salam petang anex,

terima kasih atas kunjungan, aku menghargainya ...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM