Selasa, April 28, 2009

PUISI CIKGU KEPADA YANG MENJUMPAINYA


PUISI CIKGU KEPADA YANG MENJUMPAINYA


( i )
kalau ditanyai kenapa
seorang itu perlu jadi cikgu ?
ceritakanlah tentang,

( ii )
selamat pagi cikgu,
bila anak saya nak dapat buku teks ?
dibelek-belek ke dalam fail
borang SPBT anaknya tak kembalikan.

pagi cikgu,
kenapa surat ponteng dihantar kepada saya ?
disemak-semak ke dalam jadual kedatangan
tiga minggu anaknya tak hadir kelas.

cikgu, siapa ajar Bahasa Melayu ?
periksa akhir tahun tak lulus
sedang di rumah anaknya senang
baca komik.

( iii )
selamat tengah hari cikgu,
kenapa hujung-hujung minggu begini
adakan mesyuarat PIBG ?
tapi kalau jumpa selalu bisik
nak komputer, nak itu nak ini.

tengah hari cikgu,
saya gembira kelas tambahan selalu buat
tapi pelajarnya selalu tak penuh.

cikgu,
lambat lagi balik hari ini ?
yalah, mesyuarat dan mesyuarat
untuk anak-anak pakcik.

( iv )
selamat petang cikgu,
bila nak pakai kereta baru ?
tekan-tekan butang ATM
wang selalu habis buat fotokopi.

petang cikgu,
pagi sekolah, petang pun sekolah ?
rajin ya cikgu
habis buku rampaian siapa nak semak ?.

cikgu,
kenapa jadi cikgu ?
kerja kilang gajinya banyak
di sekolah anak pakcik
siapa nak ajar ?.

( v )
kalau ditanyai kenapa
seorang itu perlu jadi cikgu ?
katakanlah
aku boleh baca dan buat satu puisi.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Bentong, Darul Makmur
31 Disember 1999.

5 ulasan:

anakmelayu berkata...

Selamat pagi cikgu,
Hari ini tidak mengajar?
Saya sudah berhenti,
Tidak sanggup mengajar sains dalam bahasa penjajah =)

wahyudi my berkata...

Salam, saudara.
Benarlah setiap puisi ada pesannya. Sama ada mahu disampaikan kepada pembaca, atau puisi iseng untuk diri sendiri; muhasabah diri. Kadangkadang pula, kelihatan kabur atau abstrak sama sekali. Tipografi atau cuma penyelewengan gramatika. Tapi itu juga sebahagian daripada puisi; membebaskan katakata daripada maksud atau moral yang dibebaninya. Dan saya percaya sejelek manapun puitisnya, masih punya erti buat sang pengarang. Seperti puisi2 puitis saudara, yg saya kira memberi erti setiap titik perjalanan hidup saudara. Bukan begitu?

faNna berkata...

Oh ya,tak lama lg har iguru dan juga hari ibu.
Banyak msg yg dpt disampaikan melalui puisi ni.Bagus :)

P/s: Thanx sebab lawat blog sy :)

AzySyh berkata...

encik zulkifli,
puisi ni buat sy tersenyum. tiba2 teringat akan diri saya yang dahulunya berkobar2 nak tahu kenapa seorang guru menjadi guru. mungkin saya dah jumpa jawapannya :)

HuDa berkata...

sy suka puisi ni... :)
keep up the good work..

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM