Rabu, April 29, 2009

WALANG YANG PANJANG


WALANG YANG PANJANG

senafas kata cuma
terbina dusta cinta
memerahkan bilah-bilah hari
tersimpul tiada hujungnya
luka dan luka
tertitis ke mata hati
walang ini panjang waktunya.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Bentong, Darul Makmur
19 Februari 2000.

11 ulasan:

anakmelayu berkata...

memetik kata-kata Hamka; "Cinta itu gelisah tapi membawa tenteram"

saat walang menimpa hati
aku pasti aku kecewa lagi

rozais al-anamy berkata...

Zek,
akan ada di hujung lorong, sebilah cahaya.

aienurz shuhaimi berkata...

mencari tagboard tp xjmpe..
ke mmg xde?
:)

btw,thnx for da kunjungan
selalulah berkunjung lagi
bertuka link ayuh
:)

owh...
asal kemaman ek?
area mn?
sy jugak kemaman
:D

Dexter berkata...

Indah sekaliiii...salam kenal..

syah saliman berkata...

salam. maaf terlambat mampir sini.

Pije. berkata...

kata-kata yang dalam,
agak susah untuk saya selam.
tapi masih faham.
:)

Basuh Baju berkata...

apa itu walang? xtau..huhu

xiiinam berkata...

Mengapa berwalang...?
Mengapa berdurja...?
Ceriakan harimu





Selamat bercuti....

melati berkata...

kalau Bahasa Jawa walang=belalang... beda jauh ya...
Salam kenal... puisinya bagus...

♥ sOFIa ♥ berkata...

bahasa mmg indah :)

sueda berkata...

membacanya...saya juga sedang berwalang hati..

saya ikut blog ini ya...(^^)

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM