( i )
ingin kukeluar
dari kepompong keliru ini.
dibiarkan begini
memberatkan ketajaman akalku
serba menguji.
telah diajarkan
kepadaku kejujuran.
untukmu kejujuran itu
ingin kuhidupkan
sekalipun, terlalu sukar
dengan perlakuan.
jarak waktu dan kesabaran begini
kemampuan tiada
bersamaku
untuk membaca isi hatimu itu.
berteranglah dengan perkataan
sepenuh kejujuranmu.
( ii )
aku manusia lelaki
hanya meminta
tak ketahuan
benarkah kepada tempatnya.
aku manusia lelaki
tiada perlu
menolak hakmu
untuk menentukan kejujuran.
( iii )
sekali ini cuma
tiada lagi permintaan buatmu.
ZULKIFLI MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
07 Julai 1997.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan