Selasa, Mac 31, 2009

SENJA DUKA


SENJA DUKA


senja menceritakan duka
gelap malam merampas segala
mimpi pun tumbuh
aku menjadi burung
ingin menolak
pintu sangkar berbisakan buluh.

berulang mimpi
mahu terbang lepas
melihat biru laut
bertemu kerikil
pecahan ombak terasa menyakitkan.

ZULKIFLI MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
28 April 1997.

2 ulasan:

Lumut Pagi berkata...

aku bungkam bila senja menjelang...
penuh harapan menunggu pagi yang menjadi pemula segala kisah dalam diri...
pagi yang dingin yag sejuk memeluk begitu bermakna dan ditunggu-tunggu..

:)

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Lumut Pagi ..., senja tetap datang setelah pagi yang dingin itu enggan lagi memeluk kita. berulang dan berulang ...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM