AKU PULANG
ketawa mereka selalunya menikam
merobek ke dasar hati dan naluri rasa
membunuh tanpa kasihan
tiada tanda
tanpa rupa
menjadi nadi hidup
berdarah dan berdaging,
izinkanlah aku pulang
aku bukan lagi manusia
jika dendam ini
tiada mampu kukunyah dan kutelan
dalam hari-hari luka yang telah
pun bersimpulan.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
17 November 2001.
4 ulasan:
terima kasih datang mengunjung blog saya..suka dgn puisi ringkas anda..menarik~
thanks dah mampir ke blog saya ya...
sastrawan yah ?
thanks for visiting my blog.. and sebab meninggalkan jejak kat chatterbox.. huhu..
Nway, sangat kagum dgn bakat menulis kamu.. what a beautifully written poems.. keep on writing! =)
Pulanglah....
Kerana ada waktunya
mangkir lebih baik
agar tidak dilihat mangsai....
Aku juga sesekali ingin maherat
Catat Ulasan