Sabtu, Mei 30, 2009

BELATI


BELATI

hulurkan sahaja belatimu itu
ingin kubenamkan ke tiap-tiap
lohong saraf ini
biar mati segala rasa yang sarat ini.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Cherating, Darul Makmur
30 Oktober 2005

10 ulasan:

faziz ar berkata...

ha..jgn bunuh diri dah lah..
matikan rasa resah tak mengapa.

Seri berkata...

kalau mati tu bertempat
hilang perasaan merana badan
hidup ini hendaklah bermuafakat
semoga diri senantiasa aman

HBM Consultant berkata...

belati milik mereka
hati dan jiwa milik kita
sesaat kita leka
alpa dalam dakapan lena
maka belati itu menyapa
meracik milik yang paling berharga
terkuburlah bahasa dari jiwa kita

mendewa berkata...

tiada siapa akan menyerahkan kekuasaannya/ kehebatannya untuk dijadikan senjata oleh musush memusnahkan kekuatannya.

kekuatan diri adalah senjata paling utuh dalam memusnahkan musuh.

GRuNGe berkata...

Salam ziarah. Bagus sungguh puisi-puisi anda Zul. Saya pun sedang berjinak-jinak menulis puisi, tapi tidak sebaik anda penulisan saya. Maklumlah, saya orang baru dalam dunia penulisan ni. Biasa bermain dengan nombor sahaja.

Idalara berkata...

salam...puisi penuh makna buat sy berfikir sejenak...aku juga ingin membunuh rasa ini tapi ku tak mampu..

arsaili berkata...

salam..wahhh dalam maksud puisi ni saudara...

joegrimjow berkata...

beca

patungcendana berkata...

siapa yang lebih kejam...

belati...atau mu...tuan punya belati itu

Puspa Cendana berkata...

salam Zul...

biar tujahan belati menusuk
jantungmu..
biar lelehan darah menyimbah
segenap urut nadimu...
tidakkan bisa menghilang
segala derita yg terpalit
pada daun cintamu Zul...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM